Situasi di Laut China Selatan


Minggu ini kita melihat pergerakan kapal penggempur amfibia USS America (LHA-6) bersama kapal kruiser peluru berpandu USS Bunker Hill (CG-52) memasuki zon ekonomi eksklusif Malaysia khususnya berhampiran kapal penggerudi telaga minyak West Capella yang dimiliki oleh Seadrill dan dikontrakkan untuk kerja eksplorasi oleh Petronas.

bincang di discord kami https://discord.gg/mRvtMu

West Capella yang berada di medan minyak baharu itu sejak bulan Oktober tahun lepas telah menyebabkan pihak China dan Vietnam bertindak menghantar kapal peronda mereka untuk memantau aktiviti disekitar kawasan tersebut.

Peningkatan aktiviti oleh China ditambah dengan kemasukan kapal peninjau dasar laut Haiyang Dizhi 8 yang kini melaksanakan tugasan pencerap dasar laut berhampiran dengan West Capella. Haiyang Dizhi 8 diiring oleh lebih 10 buah kapal militia dan pengawal pantai dan didapati bergerak dalam garisan lurus berbolak balik, disyaki ia sedang menunda sonar. Kapal yang sama juga melakukan aktiviti berkenaan di perairan Vietnam dan mencetuskan ketegangan antara pengawal pantai kedua negara.

Dengan kemasukan USS America dan USS Bunker Hill, ia menunjukkan Washington serius dengan kenyataan mereka sejak minggu lepas yang mendesak Beijing untuk menghentikan aktiviti mereka dan tidak membuli negara-negara pesisir kerana kelihatan Beijing cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara pesisir kini dilanda wabak Covid19.

Walaubagaimanapun, aturgerak kapal oleh angkatan laut Amerika kali ini mendedahkan kekangan yang turut dihadapi USN. Dalam keadaan serantau yang tidak menentu, kebiasaannya USN akan mengatur gerak angkatan kapal pengangkut pesawat ke titik panas, tetapi kali ini ia berbeza kerana USN kini terikat dengan 4 buah kapal pengangkut pesawat yang beroperasi sepenuhnya manakala baki yang lain sedang menjalani baikpulih jangka panjang, tidak termasuk kapal yg dikuarantin akibat wabak.

Peningkatan aktiviti maritim di Laut China Selatan bukanlah sesuatu yang baru dan ia berterusan sejak sebelum wabak melanda lagi. Ketika mana China berhempas pulas mengekang penularan wabak, angkatan militia laut dan pengawal pantai mereka terus aktif. Malah kapal peronda pengawal pantai yang paling besar, CCG5901 juga tetap berada didalam perairan EEZ negara kita ketika wabak mula2 melanda, dan walaupun mereka tidak membuat kacau ia jelas menunjukkan aktiviti menunjukkan kehadiran tidak berkurang. Kehadiran kapal mereka di perairan Luconia juga tidak berkurang.

Kami dimaklumkan, aset TLDM dab APMM juga berada dekat dengan West Capella dan turut memantau persekitaran EEZ kita.

Dengan kekangan aset maritim yang kritikal, Malaysia sejak dahulu menghadap ancaman pencerobohan kawasan perairan dengan menggunakan kapal yang sudah berusia purata 45 tahun dan penggantian kapal baru yang sebelum ini berjalan lancar, tergendala kerana perubahan pentadbiran kerajaan dan terus tergendala akibat penularan wabak covid19. Malaysia yang kini hubungan diplomatik dengan China kembali pulih dilihat tidak juga memperlahankan Beijing untuk meneruskan tekanan mengesahkan hak milik Laut China Selatan dan semua pulau dan beting pasir serta karang yang ada.

Kita melihat pertambahan kapal CCG dan kemudian kehadiran armada PLAN ke EEZ kita sebenarnya lebih menjurus kepada memperkukuh tuntutan mereka keatas Laut China Selatan serta terdapat kemungkinan underwater survey yg mereka laksanakan adalah bertujuan serampang dua mata - komersial dan menafikan tuntutan pelantar benua yg telah diperakui dan disahkan sebagaimana disebut UNCLOS , dan West Capella hanyalah sebagai punca untuk mereka datang kemari.

Pergerakan armada CCG bersama kapal survey dan armada USN dalam masa sekarang ini berkemungkinan mencetuskan insiden tidak diingini walaupun pihak AS menyatakan mereka telah pun berinteraksi dan berkomunikasi dengan kapal2 CCG disana dengan sikap professional, ia tetap tidak menjamin keadaan akan kekal tenang.

Amerika masuk bukan sebab mereka rasa kita negara penting tetapi memang lumrah hakikat yg sejak sekian lama, apa saja pergerakan armada China pasti akan ditimbal balas dengan pergerakan armada Amerika. Hakikatnya Amerika tidak juga mahu hilang pengaruh dirantau sebelah sini dek China. China ada kepentingan dan begitu juga Amerika Syarikat. Malaysia hanyalah alasan untuk mereka bertindak.

Isu pencerobohan dan gangguan angkatan laut dan pengawal pantai asing keatas aktiviti sah didalam EEZ kita bukan perkara baru.

Sebelum China menambak pulau buatan di Fiery Cross lagi mereka dah menganggu kita dan jelas, sejak dari mula peningkatan aktiviti maritim oleh China keatas EEZ kita, kerajaan lama, kerajaan baru dan kerajaan baru baru masih dilihat memandang enteng keselamatan dan pertahanan negara kita.

Kita sudah sedia maklum, TLDM dan APMM kekurangan kapal peronda malah kapal sedia ada saiznya jauh lebih kecil berbanding kapal pengawal pantai China yang terbesar dengan berat 12 000 tan, berkali ganda lebih besar dari frigate dan OPV kita dalam TLDM. Pertukaran kerajaan tempoh hari selepas PRU dan kemudian percaturan polisi kerajaan baru yg huru hara sehingga memperlihatkan negara yg dahulu sahabat menjadi musuh ekoran cakap2 seorang Perdana Menteri serta Menteri Luar yang langsung sibuk dengan hal meratifikasi undang2 antarabangsa yg tak terpakai dinegara kita menambah garam dan kunyit pada luka lama TLDM dan APMM.

Sedang negara serantau memperkukuh dan menambah aset peronda, kita disebabkan politik memperlihat program modenisasi tergendala, perolehan kapal dihentikan dan seterusnya kita berada pada keadaan kita sekarang - berhadapan dua medan pencerobohan asing dalam perairan negara kita dengan kekangan aset yang amat ketara.

Dulu ramai mengejek, kita nak berperang dengan siapa?

Sekarang anda yang mengejek dulu bercempera nak kerajaan, nakkan tentera ambil tindakan, tapi anda jugalah dulu yang menafikan hak tentera untuk mendapatkan kelengkapan yang sepatutnya atas alasan - kita nak berperang dengan siapa....

IkanSadinMakanOrang

Sumber: MMP
Situasi di Laut China Selatan Situasi di Laut China Selatan Reviewed by Administrator on 10:58:00 AM Rating: 5

No comments